Pasti ada dalam diri sesiapa pun perasaan suka duka, gembira, sedih, takut, serba salah, sedih dalam duka dan sebagainya. Pengalaman yang ditempuhi telah mematangkan fikiran. Namun fikiran tetap juga tidak tepat untuk menafsir keadaan. Kenyataan inilah yang dikatakan Sebuah Kehidupan.
Dunia sekarang berada dalam liku yang terlalu bahaya untuk sebuah perjalanan insan. Pengaruh baik dan buruk tidak sebegitu adil untuk insan. Walaupun Allah Taala telah melebihkan pahala itu 10 kali ganda dari dosa, namun ai tetap juga tidak diadili dengan berhemah oleh insan. Mudah untuk ditulis diatas kertas, tetapi susah untuk dinyatakan di alam nyata.
Hakikat ini sudah termaktub dalam realiti masakini. Saban hari, dada dada akhbar bertutur tentang sesuatu yang janggal pada waktu dulu, tapi ia sudah tiada makna untuk diperkatakan pada waktu ini. Orang berilmu terlalu banyak, cerdik pandai sudah melimpah, namun ia berkembang bersama racun berbisa untuk ditebarkan kepada manusia sejagat. Hinggakan sesama insan sudah hilang kepercayaan. Kepercayaan kepada seseorang susah untuk ditagih dan diraih kerana orang yang berilmu, cerdik pandai yang bergelar ustaz, guru juga tidak terlepas dari perbuatan yang tidak diingini. Guru atau ustaz hanya pada pangkat dan nama bukan pada akhlak dan tingkah laku dirinya sendiri.
Hanya pada ucapan yang gah dan menarik tidak menunjukkan itulah diri sebenar pengucapnya. Sebaliknya, dirinya yang sebenar dapat dinilai dengan kehidupan hariannya ketika berseorangan dan bersama orang ramai. Siapakah yang lebih dia pentingkan dalam keluarga dan kaum kerabatnya, siapakah yang diutamakan ketika dia memimpin manusia lain, adakah sama perbuatannya dibandingkan dengan ucapannya, apa yang diperlakukannya ketika peminta sedekah penyapanya, apakah tanggapannya terhadap manusia lain ketika dia bersua dan berpisah?.
Bersambung………….
0
Bismillah…. dengan kehendak Allah aku dilahirkan di Kg. Sg. Satan pada 25 hb Jun 1985. Memulakan kehidupan dengan tangisan, orang lain pula dengan senyuman dan kegembiraan. Memulakan persekolahan di Sek Keb Legeh, Air Lanas, Jeli, Kelantan. Menyambung pengajian ke Maahad Al-Sabirin dan seterusnya ke USIM pada tahun 2006. Tamat pengajian pada tahun 2010. Sekarang berusaha mencari kesempurnaan hidup, bekerja sebagai guru dan akan berusaha sebagai pensyarah, insya Allah.